KISAH SERAM RUMAH SEWA HIJ*U U*TM REMBAU

 Hello!

so harini aku nak story time sikit pengalaman seram aku before Covid menyerang Meleysiee ni ye since korang pun dah start belajar macam biasa and dah mula menyewa rumah sekitar kampus korang tu hehehe.

Cerita ni bermula pada aku semester 2 di sebuah universiti awam di daerah Rembau. So bagi student IPTA normal untuk korang menyewa kat luar kalau korang tak aktif dekat kolej. So aku dengan tiga orang lagi kawan aku menyewa lah dekat rumah berhampiran uni dalam 3KM, so boleh la jalan kaki je. So, first day aku nak masuk rumah tu, tuan rumah memang dah buka surah-surah ayat al-Quran ye dalam rumah tu, aku pun think positive je la kot-kot tuan rumah ni memang alim ehehehe. Rumah yang aku duduk ni macam rumah teres la and rumah aku yang paling hujung. Dekat belakang tu biasanya tempat student parking kereta dan buang sampah. kat tempat buang sampah tu memang banyak lah binatang-binatang buas macam monyet. Rembau kot, biasalah tempat dalam hutan hahahaha.

Seminggu berlalu, semuanya beres dan ok sahaje kecuali cuaca tersangatlah panas yee. Sampailah minggu ke-3, Malaysia umum DARURAT and perintah berkurung dikeluarkan. So kami pun cemaslah and pack siap-siap barang sebab esok awal pagi dah nak naik bas balik kampung sebab IPT arahkan untuk kosongkan kolej dan kampus. So dalam rushing beli tiket, packing barang ape semua tu barulah teringat, ada assignment yang belum siap and kitaorang decide untuk siapkan malam tu juga sebelum balik kampung. 

Pukul 1 pagi, aku pun pergilah masak maggi dekat dapur untuk alas perut alang-alang dah tak tido, kawan aku tengah buat kerja kat ruang tamu. then, makan-makan sambil buat assignment tu tiba-tiba terdengar bunyi tin belaga dekat luar rumah and yes macam aku cakap tadi rumah aku duduk tu rumah hujung and tak ada orang pun dekat luar malam-malam since semua yang menyewa area ni semua perempuan. 

Aku dan kawan aku saling berpandangan, and kami buat isyarat mata untuk ignore kan je. Then, dah siap makan, aku bawak la pinggan mangkuk ke dapur nak basuh, cer korang teka apa jadi ?! Bunyi tin besi tu berjalan ke dapur serentak dengan kaki aku dari arah luar rumah. Bapak setan terkejut aku. But sebagai seorang melayu yang berdarah mat kilau, aku ignore kan lagi tapi aku bawak kawan aku sekali teman aku basuh kuali. makan maggi dah sedap sama-sama takkan nak tinggal aku sesorang geng! Ok setel basuh-basuh, sekali lagi geng bunyi tin tu lalu, tapi kalini keliling rumah dia pusing beb. setan punya setan.

Kalini memang masalah besor sebab aku nak kencing hahaha nak taknak tetap kena kencing. so alang-alang member aku ada kat dapur tu, aku suruh diorang stay. aku guna toilet tapi tak tutup pintu beb takut punya pasal. masa ni dah tak fikir maruah diri dah ahaha. 

so setel kencing tiba-tiba pintu belakang berhampiran dengan toilet tadi bergoncang macam ada benda tolak dari luar. tak sempat flush menggelepur semua lari masuk bilik. So before masuk bilik tu, kipas dan lampu tiba-tiba terbuka dan tertutup sendiri, tombol pintu depan begerak macam ada manusia pulas dari luar. nasib baik la semua pintu dan grill dah kunci masatu. cuak nak mempusss. so masa tombol depan kena pulas tu semua dah menjerit masuk bilik then kunci bilik berselubung selimut. 3 sorang kongsi satu katil single bai masa tu, dah tak kesah belaga bontot sebab takut sangat.

So tengah beselubung ketakutan tu nak pasang surah tiba-tiba tesedar handphone pulak kat luar. baru je nak pulas tombol pintu bilik nak ambil handphone tetiba terdengar suara housemate dari bilik sebelah panggil dari luar pintu sambil tombol pintu bilik begerak, "Sandha....." *bukan nama sebenar* amboii lemah semangat aku dengar suara orang panggil nama aku kenapa bukan nama kawan-kawan aku ahahaha. so aku pun jawablah, "Siapa tu?!" , then kawan aku marah cakap jangan tegur. alaa siot lah aku dah tegur awal-awal lagi tadi hahhaha.

so kitaorang pun tunggu la dalam bilik sampai pukul 4.30 pagi then baru keluar dari bilik untuk ambik handphone & laptop. sudahnya semua kerja tak siap. Tapi alhamdulillah benda tu tak tunjuk rupa ke rasuk kitaorang ke lagi parah. pehhh seram nok.

So besoknya sebelum kitaorang balik kampung masing-masing, then storytime la masa tu. rupa-rupanya semua orang memang dah pernah kena kacau tapi diaorang tak bagitahu aku. siot betul lah kawan sehidup semati. kawan 1 aku cakap sebelum ni pernah nak pergi toilet malam-malam but dengar orang nyanyi sambil mandi walhal lampu semua gelap gelita dan semua orang konfem dah tido. kawan 2 aku pulak cerita sebelum ni pernah kena tindih and nampak makhluk kecil berbulu mata merah belari kat bawah katil ke katil. 

so macam tu la kisah seram aku sepanjang belajar sebab lepastu aku ODL je dari rumah sampai habis semester !


Bai Assalamuailaikum!

Comments

Popular posts from this blog

INTERSHIP WEEK 2

AKU DAN INTROVERT